Hotline : +6044481288
 

Fruity C HALAGEL®, snek lazat dan seronok dikunyah
Sebagai sebuah syarikat yang sentiasa ingin memberikan produk alternatif halal terbaik kepada para pengguna dan pengusaha, Halagel (M) Sdn Bhd kini memperkenalkan produk terbaru Halagel iaitu Pastil Vitamin C, FRUITY C.

Fruity C Halagel® adalah snek lazat dan seronok dikunyah yang mengandungi khasiat Vitamin C. Fruity C mempunyai 6 perasa buah-buahan dan bentuk iaitu oren, strawberi, epal, lemon, manga dan anggur.

Vitamin C adalah sejenis vitamin larut-air diperlukan untuk perkembangan dan pertumbuhan fizikal yang normal. Ia diperlukan untuk membaik pulih semua bahagian tisu badan manusia. Ia amat penting dalam membina kolagen iaitu protin penting untuk pembentukan kulit, membaiki parut, tendon, ligament dan pembuluh darah.

Sejak tahun 1932, banyak kajian telah dijalankan oleh ahli-ahli sains dalam mencari fungsi-fungsi dan kebaikan vitamin C untuk manusia. Ini adalah kerana kekurangan vitamin C dalam badan boleh menyebabkan rambut kering dan terbelah, gingivitis dan gusi berdarah, kulit kasar dan kering, hidung berdarah, ketahanan gigi yang lemah, lenguh dan sakit-sakit sendi serta banyak lagi.

Badan manusia tidak menghasilkan dan menyimpan vitamin C nya sendiri. Dengan itu, adalah penting bagi kita untuk mendapatkan makanan yang mengandungi vitamin C dalam diet harian kita dan anak-anak kita. Selain kepentingan Vitamin C, Fruity C juga diperbuat dari Gelatin Halal Halagel®, iaitu agen pelekat dan penstabil yang terbaik dan halal berbanding dengan bahan-bahan lain. Ia bukan sahaja baik dari segi fungsi penggunaanya malah khasiatnya juga banyak. Gelatin adalah protin tulin yang didapati dari proses hydrolysis terpilih kolagen dan tulang haiwan sembelihan yang mematuhi hukum syarak.

Gelatin Halagel® adalah sumber yang kaya dengan asid amino (protin asas), satu elemen yang penting untuk perkembangan tulang dan otot-otot serta proses regenerasi. Kandungan nutrient gelatin adalah 88% protin, 3% karbohidrat dan 0% lemak. Tanpa perlu dihuraikan lagi, ramai telah mengetahui Halagel adalah satu-satunya pembekal Gelatin Halal yang diiktiraf oleh JAKIM.

Secara amnya, Fruity C Halagel® mengandungi gabungan bahan-bahan terbaik, menjadikannya snek yang berkhasiat, lazat dan sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat.
(post by:EDADIN on:2007-11-23)

 


 
 
|
|
|
|
|
|