|
| MENGAPA GELATIN HARAM??? |
Di Malaysia kini isu makanan halal dan haram menjadi agenda yang begitu
hangat diperkatakan. Isu ini bukan hanya memberi kesan kepada
masyarakat beragama Islam sahaja, malahan turut mendapat perhatian
daripada penganut-penganut agama lain kerana pengusaha makanan di
Malaysia terdiri dari pelbagai kaum. Sebagai umat Islam adalah menjadi
kewajipan kepada kita semua untuk memastikan makanan yang dimakan
adalah halal, iaitu bebas daripada sumber najis dan haram bermula dari
proses penyediaan bahan mentah, proses pembuatan, penyimpanan, masakan,
pengilangan, pembungkusan dan pengangkutan.
Kerajaan juga turut memandang berat terhadap isu makanan halal kerana
ia memberi kesan kepada masyarakat di Malaysia. Dalam usahanya untuk
mencapai matlamat tersebut, kerajaan telah menjadikan Malaysia sebagai
pusat makanan halal (halal hub) sedunia. Sejajar dengan aspirasi
kerajaan, Halagel(M) Sdn. Bhd. Telah berusahan sedaya upaya untuk
menyediakan produk alternatif halal khusus untuk kegunaan pengguna
muslim dan masyarakat di Malaysia amnya. Antara produk yang
diperkenalkan adalah GELATIN HALAL yang telah mendapat pengiktirafan
halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Gelatin yang dipasarkan oleh Halagel (M) Sdn. Bhd. sejak tahun 1997
diperolehi daripada negara Islam iaitu Pakistan yang mempunyai 100%
tenaga kerja yang terdiri daripada orang-orang Islam. Malah kilang ini
juga mematuhi piawaian antarabangsa seperti ISO,HACCP dan GMP serta
mendapat akreditasi dari badan agama luar negara termasuk JAKIM.Selain
itu apa yang membuatkan GELATIN HALAGEL 'HALAL' ialah pembuatannya
dihasilkan daripada sumber tulang haiwan-haiwan yang halal dimakan
seperti lembu, kambing dan kerbau. Haiwan-haiwan tersebut juga telah
disembelih terlebih dahulu mengikut hukum syarak yang telah ditetapkan
dalam Islam.
Seperti mana yang kita sedia maklum, penggunaan gelatin adalah begitu
penting dalam industri makanan dan farmasuketikal. Gelatin merupakan
protin yang dihasilkan daripada sumber haiwan seperti babi, lembu dan
kerbau iaitu daripada kulit dan sendi-sendinya. Gelatin juga
didefinasikan terbitan kolagen iaitu protin yang dikaitkan dengan
kulit, tulang dan tisu penyambung yang lain. Sifat-sifat gelatin yang
luar biasa telah menjadikannnya sebagai bahan pemantap, pengemulasi
(agen campuran bagi bahan berminyak dan berakhir), pemekat makanan dan
penyental. Ia juga turut berfungsi sebagai bahan lekatan dalam
gula-gula dan sebagai bahan penggebu. Mungkin ramai dikalangan kita
yang tidak menyedari banyak makanan yang dimakan mengandungi gelatin.
Terdapat banyak contoh makanan dan produk-produk yang mengandungi
gelatin. Antaranya ialah gula-gula getah, toffte, jeli, pencuci mulut
segera, jus buah, ais-krim, produk-produk kosmetik, ubat-ubatan dan
makanan pelengkap seperti minyak ikan, minyak bawang putih dan
sebagainya yang didapati dalam bentuk kapsul lembut atau softgel.
Hari ini kita banyak mendengar slogan, ISLAM HADHARI, MODAL INSAN,
INSAN KAMIL dan macam-macam lagi yang menjurus kepada pembentukan
keperibadian dan sahsiah rupa diri umat Islam. TETAPI..... sejauh
manakah kita yang mengaku sebagai umat Islam mengambil berat tentang
apakah bahan-bahan yang terkandung dalam makanan dan ubat-ubatan yang
kita gunakan setiap hari? Adakah kita pasti ia datang daripada sumber
yang halal? adakah menggunakan gelatin halal? Ataupun kita langsung
tidak peka terhadap perkara tersebut. Terdapat beberapa pengeluar yang
mengeluarkan gelatin tetapi masih diragui tentang halal atau haram
sumber gelatin tersebut. Antaranya, Davis Gelatine, Parke Schere yang
mana mengikut kajian yang dijalankan oleh CAP ( Persatuan Pengguna
Penang) yang diperolehi daripada buku terbitan Pusat Dagangan
Antarabangsa UNCTAD/GATT, sebanyak 60% daripada gelatin yang
dikeluarkan syarikat berkenaan adalah diperolehi daripada kulit babi.
Meskipun gelatin halal boleh diperolehi daripada kulit lembu atau
kerbau tetapi ia tidak menguntungkan dari segi ekonomi kerana kulit
lembu atau kambing secara komersilnya lebih menguntungkan dalam
industri barangan kulit dan kebanyakan kulit babi digunakan untuk
membuat gelatin. Gelatin yang dihasilkan daripada kulit babi juga
dikatakan lebih mudah dihasilkan. Mengikut laporan pasaran gelatin
dunia bagi tahun 2003, bahan mentah yang digunakan untuk membuat
gelatin adalah 42.4% daripada kulit babi, 29.3% daripada kulit lembu,
27.65% daripada tulang dan daripada sumber lain sebanyak 0.7%. Melalui lapuran
ini jelaslah bahawa penggunaan kulit babi adalah begitu tinggi
berbanding sumber-sumber lain. Adakah kita mengetahui tentang perkara
ini dan apakah tindakan yang wajar kita ambil sebagai pengguna muslim?!
Sepertimana sabda Rasulullah S.A.W “Yang Halal itu sudah jelas, dan
yang Haram pun sudah jelas, dan antara kedua hal tersebut terdapat yang
musytabihat (syubhat, samar-samar, tidak jelas halal haramnya),
kebanyakan manusia tidak mengetahui hukumnya. Barang siapa yang
berhati-hati daripada perkara syubhat, sebenarnya ia telah menyelamatkan
agama dan harga dirinya..... (H.R Muslim)”
Sebagai pengguna muslim kita haruslah berhati-hati apabila memakan
makanan yang mengandungi gelatin. INGAT!!!......walaupun gelatin halal
tersebut didakwa diperolehi daripada sumber binatang yang halal
dimakan, seperti lembu dan kerbau, gelatin tersebut tidak boleh
dianggap halal kecuali binatang tersebut telah disembelih mengikut
hukum syarak yang telah ditetapkan dan bukan daripada sumber binatang
yang tiada boleh dimakan oleh kita sebagai umat Islam.
Apabila menyentuh tentang isu halal dan haram, TIADA PERKARA YANG BOLEH
DIAMBIL MUDAH!!! Ia merupakan perkara yang penting dan perlu diberikan
penekanan dan perlaksanaan kerana sebagai umat Islam, mencari yang
halal dituntut oleh agama. Bahkan apa yang kita makan akan menjadi
darah daging dan akan dihisab kelak. Justeru, dalam konteks pemakanan
amatlah wajar kita sebagai pengguna Islam mengambil langkah yang bijak
dan lebih serius dalam memilih jenis makanan untuk diri dan keluarga
agar mampu menjadi insan yang kamil serta muslim yang sejati dalam
masyarakat madani. |
| (post by:IRMRA on:2007-11-23) |
|
|
|